Wednesday, July 28, 2010
ingatan tentang kamu
mungkin ini bukan yang terakhir aku rindu kamu, aku buka lembaran kertas yang pernah kau banggakan.
"indahkan lukisan ni?siap ada kata-kata sweet lagi", bisik seorang lelaki.
mungkin itu kali terakhir aku mendengar kau bersorak dengan kegirangan, lalu aku mula mengeluh dan sedikit kecewa. aku mengambil langkah tapi bukan langkah kehadapan, tapi aku mengundur kebelakang.
hampanya aku pada hari ni. sedang aku sibuk mengejar waktu.
kau muncul dalam ingatan. aku sedang menepuk-nepuk dada, memiatkan minda dari ingatan tentang kamu.
sungguh aku rindu cinta kamu.
sedang acap kali aku membuka diari dulu, kini tiada lagi waktu untuk membukanya.
kerana didalamnya terhasil kisah kau dan aku.
mungkin aku pernah menjadi seorang wanita yang kau puja dulu tapi tidak lagi kini.
kau buang aku jauh, kau padam aku dari ingatan.
kadangkala naluri itu kejam terhadap hidup.
adakah buta matamu? saat kau memilih dia?
tangisinya aku pada saat aku ditinggalkan.
kau membuat aku tergantung tanpa jawapan ya atau tidak.
tapi hanya bisu yang kau berikan.
mungkin ini kali terakhir aku merindui kamu, kerana tiada lagi kenangan yang perlu diingati. memang saat dengan kamu itu indah.
memiliki kamu umpama syurga,
menyakiti aku bagaikan neraka..
hari ini mungkin aku masih lagi menyebut namamu pada hembusan nafasku.
mungkin esok, kau tidak akan lagi menemuiku.
jangan pernah menyesal
kerana
mencintai kamu bukanlah satu dosa..
lalu aku terbang bersama malaikat..
jangan pernah kau rindu aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment