BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

If I could pretend that I'm asleep,
When my tears start to fall
I peek out from behind these walls..
I think nobody knows..















Monday, December 21, 2009

warna


bila aku lihat kau..aku nampak biru pada dirimu..
mungkin hati kau masih lagi merah,
waktu aku ungkapkannya..

kau masih lagi berjalan..ke jalan yang kau rasa kau perlu untuk belajar..
bila aku mula untuk membaca,kau sudah mula menulis..
bila aku mula untuk bercakap,kau sudah mula mendengar..
dan bila aku sudah berhenti kau masih lagi berjalan..

aku bertanya pada kau..apa yang sedang kau carikan?
kau mula untuk tersenyum..
aku masih lagi dalam bingung..kenapa kau sudah mula gembira?
sedangkan kau selalu katakan kau berasa susah..

kau berdiri disebelahku..dan masih lagi berjalan..
dan akhirnya aku dapati jawapannya
kau mahu aku tetap terus berdiri untuk hidupmu..

tidak kah kau perasan? yang selama ini aku sentiasa
dibelakangmu..
membangunkan kau ketika kau sedang jatuh..
mewarnai hati kau,
dan sentiasa menghargaimu..
supaya kau sentiasa tersenyum..

dan aku..
masih lagi berdiri di sebelahmu..
berjalan menemani kau..
kerana aku adalah tulang hidupmu..

No comments:

Post a Comment