BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

If I could pretend that I'm asleep,
When my tears start to fall
I peek out from behind these walls..
I think nobody knows..















Sunday, January 31, 2010

de gua ada career de!!~





semalam aku happy gila dapat keluar tengok movie adnan sempit..gila2..hohoho..tawfik pulak jarang tgk movie melayu..ayat paling tak boleh blar..

"de gua ni ada career de..lu ingat de bos2 gu dia tahu ker photostat kertas yg banyak2 de"..hahahah sengal2..

aku tgk movie tuh gelak sampai keluar air mata..balik jer dari tgk movie,aku dgn tawfik sesat jalan..tawfik mengunakan kuasa power puff girls nya dalam erti kata lain..He use GPS ler..hohoho..

weh tawfik,happy tak tgk movie dgn aku..sorrylah aku banyak cakap ler..aku memang mulot takleh nak kunci..ekekekek
anyway tawfik thanx bawak fara g tgk movie semalam..happy2 gile..
ingat dimana ada kemahuan..disitu ada highway..ekekekkee

to tawfik;hey2 nanti sudi tak awak tengok wayang dgn saya??tapi saya nak guling2 atas pangung wayang kalau movie tuh kelakar..jangan time tuh hilang ingatan yaa..ekekekek
(ayat nak poyo)...

Wednesday, January 27, 2010

yeah faiz dapat kerja dah!!


semalam waktu kat A&W hazel call faiz..yeah,faiz kata dia dapat kerja..
gilalah faiz baru sekali interview dah dapat kerja..kan dah cakap faiz kan power rangers..sangat power..hohoho..ape barang power puff girls kan faiz!!hahahah
back to the story,faiz ni pandai lukis2..aku rasa maybe time dia kecik2 dulu mesti dia suka menconteng dinding dirumah..hasilnya..nah sekarang faiz dalam jurusan architecture..aku suka tgk blog faiz..kalau ada lukisan dan design baru..pasti aku takkan ketinggalan...
ape yang aku suka pasal faiz..walaupon faiz tahu perangai aku gila2..tapi dia still layan aku..hohoho..
kembang pipi aku setaman klcc..faiz dah dapat kerja..its mean dia tak payah balik melbourne dah..boleh lah aku jumpa dia selalu..hohoho
faiz,congrats kat faiz..huhuhuhu..
pasni kita boleh meraikan faiz dapat kerja dengan teh tarik kat pelita..
sebab hazel suka sangat pergi pelita.maybe dia suka usha mamat kat pelita..
banyak woo mamat hensem kat pelita..adess.terbongkar plak rahsia..ekekekeke..

Tuesday, January 26, 2010

nakkan photographer??




nak abadikan kenangan bersama tersayang?
mahu gambar anda di snap cantik2 dan penuh bermakna?
perlukan photographer yg berbakat?
nah,peluang depan mata..
hasilnya pasti anda suka..
silalah hubungi lan & min..
pasti anda akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka..

chubby itu cool ok!!

kerja yang banyak dipagi hari..takperlah breakfast nanti-nanti..kata hati kecilku..
ajie pulak suruh aku hantar surat..
ok mari kita pergi hantar surat ajie,setelah siap menaip alamat penerima,dan post kan ditingkat 21..(despatch room)

lokasi;level 21 (despatch room)
masa; tak lama lah dalam 5minit mcm tuh (12.36pm)

sedang aku sibuk2 nak letak surat yg hendak dipost didalam tray,boleh tak korang bayangkan..driver CEO kata,eh fara dah chubby..kene kurus sikitlah..barulah mantap..blablabla..

aku yang sedang syok jalan ni,berhenti tiba2..dalam hati,tuhan jer tahu..
tahap kepsychoan aku telah meningkat pada 289%..gila ape,menempah maut kau kutuk aku!!~
hohohoho..boleh buat lawak ker driver ceo ni..

aku jawap jer balik,takperlah fara gemok2 pon bf syg..
nah at least bf aku tak kisah aku gemok...
mentang-mentang aku besar,diorang suka pangil aku raksasa..
amboi2(buat kata azwan ali)..
hey2..chubby itu cool ok...
i love myself bebeh..

so temanya,jangan kutuk aku..sebab aku tak suka judge orang..
sebab nanti tuhan marah beb..free2 jer dapat dosa..
baiklah,sampai disini saja yup..
aku nak pergi lunch..
makan jerlah...
hoho;petang karang lari 1 klcc..hohoho

Monday, January 25, 2010

taqwim terakhir

malam ini kita melembar sebuah taqwim

sudah usang,tapi cukup berbakti..

lembarannya teliti tanpa tertinggal..

aliff lam mim...

pembaca mengulang dengan penuh kesabaran..

sabdunya sudah cukup terang,

seperti tuhan menjanjikan syurga..

lantas lelaki tua menegur..

sudah pantas kau menghafal

sisip tua aku masih lagi utuh..

biar perlahan,asal jangan kau silap kemudian...

pembaca menahan sedih,

menuntut terakhir bersama taqwim..

mendengar nasihat tanpa lagi si tua..

taqwim ini terakhir baginya..

si tua pengajar setia..

yang hanya tinggal songkok,

dan taqwim penunggu setia..





fara jan 26,2010

menunggu kata dari tuhan

pagi-pagi lagi,sambil minum nescafe ais..1st things to do..tengok blog..eih dah addicted with a samad said blog..
tak sabar rasanya nak tengok teater yg bakal mengegarkan istana budaya dengan sentuhan karya agung a samad said...
aku tertarik pada bahagian,bila dia berbicara..kerana usia yg tua,ia tidak byk menolong..
berhari-hari a samad said cuba menghafal dialog,supaya dapat menghayati watak sebagai tukang pencerita..
"menunggu kata dari tuhan"..karya hebat yang aku rasakan..bercirikan keislaman..erti kesabaran itu..tuhan itu maha adil..elemen-elemen ini pasti akan di masukkan seiring watak yg dipegang..
ingat lagi pada teater natrah?
teater tu belom sempat aku nak menontonnya..



aku sangat kagum pada sentuhan karya a samad said..
nah,kau bicara saja pada gadis manis,pasti akan tahu keinginan hati nan dara..
idolaku ini sudah tua,
tapi tetap utuh..
usianya masih ligat...
tapi karya sentiasa agung..
itulah a samad said....

Sunday, January 24, 2010

aku pon tak tahu


tak tahu kenapa,malam tadi aku tak boleh tidur,mataku taknak lelap..
malam menjamah usia ke siang..langit pula mula mengembangkan sinar terang..
mata,kenapa kau taknak tutup..
hatiku resah..
kau demam ker ajad?ke kau susah hati? asal lah aku asyik ingat kau..
aku kalau dulu resah gelisah ingat kau,kau selalu demam..
ajad,kau jaga tak diri kau elok2?life kau macam mana ajad?aku dah takde disisi kau lagi..
nak hantar sms pagi2 kejotkan kau bangun..bila kau sedih,aku dah takder lagi untuk dengar kau bersuara sedih..
bahu kau sakit lagi ker ajad?jangan lupa sapukan minyak gamat mcm aku suruh selalu...
ajad,aku bosan gila semenjak kau takde..
takder sapa nak msg aku hari2..
memang aku hilang kawan untuk berbicara..
kau bahagia tak dengan hidup kau?
kau ingat aku tak kadang2?
ingat tak pada lagu rindu yang aku hadiahkan kat kau?waktu aku rindukan kau..
kau ingat tak waktu 1st time kau jumpa aku..kau bawak kereta laju2..
kau ingat tak waktu besday kau,kau sedih..aku call kau pujuk hati kau..
kau ingat tak waktu kau gila,kau call aku dari fremantle,aussie sebab kau nak dengar suara aku..
kau ingat tak kau penah suruh aku suapkan kau makan,sebab kau kata kau malas nak suapkan makanan..
kau ingat tak lagu mimpi terindah yang kau hadiahkan untuk aku?
kau ingat tak kau kata aku chubby,padahal kau pon sama chubby mcm aku..
kau ingat tak pada kata2 kau pada aku?sampai aku terguris hati dgn kau dan aku delete kau dr facebook..
kau ingat tak saat aku tinggalkan kau waktu kita sama2 marah?
ajad,kau ingat tak diri aku ni?yang sentiasa ingatkan kau 24jam sehari,7 hari seminggu,31 hari sebulan..
gila,kau dah tinggalkan aku...
hey,aku dah lama maafkan kau okeh..
kenapalah kau merajuk lama sangat dengan aku..
nanti kalau kau sedih,saper nak berdiri sebelah kau lagi?hhuhuhu
ingat tak lagi pada gambar yg kau bagi ni?
sampai sekarang aku simpan lagi gambar kau..
bodoh!! gambar nie lah teman aku bila aku rindu kat kau..
tengok,aku menangis lagi sebab rindukan kawan aku yang sengal ni!!

p/s; lagu dalam keadaan sekarang
cinta gila by grey sky morning

Wednesday, January 20, 2010

syukur itu indah

setiap hari bangun pagi,walaupon lambat datang kerja..
tapi perkara pertama yg perlu kita buat ialah bersyukur pada tuhan..
syukur itu indah,seindah keagunan ciptaan tuhan..hari ni aku bersyukur lagi..
sebabnya,aku masih lagi hidup untuk teruskan kehidupan seharian..syukur itu indah,sekiranya kita tak mengharapkan balasan..

hari ni aku bersyukur,walaupon bangun lambat pegi keje,tp still boleh dtg on time..
hari ni aku bersyukur lagi,sebab hana belanja aku makan..ekeke
(thanx hana ye belanja aku makan)-semoga kau dimurahkan rezeki-aminn)
mak kata,kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada,apa yg kita miliki..

tapi jangan sekali megeluh,
tuhan tak suka pada org yg suka mengeluh..
cuba lihat dan buka mata luas-luas..indahkan dunia sekiranya setiap nafas kita bersyukur pada tuhan..



hohoho;aku sentiasa belajar utk bersyukur ramadhan tahun lepas sgt indah,
bersyukur dapat ramai kawan,bersyukur sebab aku ada 2 handphone,bersyukur hari ni aku tak jatuh sebab pakai baju kurung(selalu kaki aku akan tersadung bila pakai baju kurung),bersyukur sebab dapat kawan dgn nikgee,qab,arghhh semualah,bersyukur sebab tinggi,bersyukur sebab tuhan selalu bg aku pertolongan,bersyukur sebab walaupon perangai aku sewel kadang2 tapi ramai syg aku,bersyukur sebab dapat kawan baru tawfik hafiz ibrahim,bersyukur sebab tuhan makbulkan doa aku(sebab aku dah baik balik dgn mukhsin)yeah!!~bersyukur sangat-sangat..

syukur itu indah sekiranya,kita sentiasa mencari cinta tuhan,
syukur itu akan manis sekiranya kita sentiasa ikhlas dalam berdoa.
syukur itu mulia sekiranya kita sentiasa redha apa yg tuhan berikan..

RENUNG-RENUNGKANLAH & SELAMAT BERAMAL..
(Mcm ayat ustaz dalam radio kan)

harus aku terbang ?

semalam aku dapat msg dr Lyana,dia ajak aku pergi interview air asia crew cabin..huhu.teringat pada tahun lepas,aku jumpa lyana balik pon dekat MAS punya interview..dengan manusia yg ramai mcm nak tengok konsert linkin park dekat Subang time tuh..dalam benak hatiku,ramai gila nak jd stewardess????time dekat interview tuh punyalah banyak ragam manusia yg penat aku nak tempuhi..macam2 jenis kriteria wanita yg aku jumpa..



contohnya;-

* perempuan yg perasan diri dia hot dan perlu jd stewardess.

* terpengaruh awan dania...
(teringat waktu interview MAS,aku rasa batak gila bila org yang interview aku tu kata aku ni awan dania,sebab rumah aku ASTRO dah kene potong!!~so memanglah aku tak tahu awan dania tuh ape bende!!)

* sebab nak glamour!! kalau nak glamour better kau pergi jadi model..

* paling poyo aku ingat ada sorang minah ni dahlah bajet hot dan cun, time interview alamak hancus BAHASA INGGERIS nya..heheheh
(fara tak baik kutuk orang beb,tuhan marah!!~)



back to the story;

dulu aku adalah minat nak jadi stewardess,tapi sekarang aku tak tahulah..
huhuhu.aku prefer kerja di office,mengadap paperwork yg banyak..hohohoo..
paling aku gelak sampai sekarang,ayah aku tak suka gila aku jadi stewardess..kahkahkah..siap gi masjid lagi doa banyak2 harap aku tak dapat interview tu..dia kata susah..nanti aku malas nak bangun pagi..
asyik tido jer...pastuh ayah aku kata,kerja tak ikot time..dari aku gemoxx boleh kurus..

sabtu masih ada lagi 2 hari,aku masih menghitung hari samaada aku perlu pergi atau tak? tapi aku ingat lagi kata2 lecturer aku kita kene berusaha dan yakin untuk berjaya..hohoohoho (aku rindu gila HJ.ZUL)!!
++++DIALAH LECTURER YG PALING BEST KAT DUNIA YG SELALU CITE PASAL KUCINGNYA ORANGE+++++

esok dah 22 january, Faiz akhbar pasti sudah terbang dari melbourne ke tanah air..
tuhan,harus aku terbang?atau stay sahaja dibumi?

Monday, January 18, 2010

hilangnyer muka buku & ruang saya

keadaan (setelah balik dr lunch)
tempat (office tingkat 20,menara atlan)
waktu (tepat 2petang)..

aku gile stuck,buat muka terkejut,sedikit cuak dgn notis yg diberikan oleh company BIOTECHCORP kepada semua staff..
CC; kepada iskandar mizal (CEO)

nak sedapkan hati,buat2 call nikgee..make confirmation 1st before u judge..hahha..
nik kata, Fara FB.MYSPACE,YM BETA,FRIENDSTER & seangkatan dengannya..semua org IT dah block..dalam hati..(*&^%$#@!)-maaf aku tercarut..tp dalam hati jer tau..

bermulalah era kegemilangan staff biotech mengunakan email company utk connecting with other people(nokia nyer iklan pulak)..
ape lagi,mereka hantar email mengutuk tindakan IT..adess,,yg pegi block aper hal..
aku sgt mati kutu..gilalah..aku just kuli disini..keje ikot time..kadang ada,kadang takde..

lepasni???

*aku tak boleh nak berchating dgn joey vee..
* takleh nak upload2 gambar lagi kat ruang saya aka myspace..
*nik pulak takleh nak jual ikan dekat fb..
* mati kutu amat sgt..kawan2 sila bg email anda semua..sy perlukan email anda utk berhubung dgn anda..huhuhu..
*tak boleh nak kacau sani dekat ym dia di pagi hari..
* paling haram takleh nak download lagu..gambar2..adess..sangat sakai ..

p/s;sila bagi saya idea...
pilihan??
a) perlukah aku tukar kerja lain??
b) beli ipod??eh ptptn kene bayar ok this month..

HAHAHA..kesian semua staff biotech sekarang mati kebosanan..huhu..
tuhan cepat turunkan malaikat..huhu

faiz cepat balik!!



hari ni 19 januari,2010..lagi 3 hari faiz mesti balik dari melbourne..rindu gila dekat faiz..hahah,ingat lagi suatu hari di bulan mei tahun lepas..dengan selamber jer pegang tangan faiz..motiff pada hari itu adalah dating gila-gila suka bersama faiz akhbar..
serius faiz ni kecil orangnya..tapi comel..jeles gila tengok badan dia yang kurus tuh..anyway,congrats faiz for ur convocation last year..hohoho..dah convo dah faiz kita..lalalala..aku akan beri 5 sebab kenapa aku suka kawan dgn faiz;



sebabnya;-

* faiz lagi kecil dari aku..(slim)
* faiz ni baik lah
* faiz suka snap gambar2 yg cun..rasa tenang jer bila tengok gambar yg dia snap..
* faiz ni simple jer, tak suka menyusahkan orang..
* faiz ni jenis open minded..

aku kat office ni pula,still counting to meet him..hoho..motiff?sebab faiz dah janji nak bawak balik hadiah besday dari melbourne..dengan macam-macam benda yg aku fikirkan..
eh faiz,faiz bawak balik ape je hadiah utk fara..mari fara teka!!~
* kangroo?
* kaola?
* tak pon dolphin sekor??
lama ni fara tunggu..adesss...

to faiz akhbar,
hey2 cepatlah balik..tak sabar nak jumpa faiz..nanti kita boleh dating gila-gila suka sambil minum teh tarek di pelita klcc..
and then, we snap picture cute2..
dengan motiff,harap aku cute dari faiz..
tapi hakikat sebenar memang tahu pon..
ekekek;maaf faiz aku over sikit..lalalla

tahu tak cita2 aku sekarang nak jadi ape?nak jadi pandai cmm faiz..faiz pandai woo..
english dia sumpah power rangers..kalah lah ultraman..
tuhan,bagi aku jumpa faiz lagi yup..sebab dia kawan aku yg sgt best..

Sunday, January 17, 2010

lagu rindu by kerispatih

Bintang malam katakan padanya

Aku ingin melukis sinarmu di hatinya

Embun pagi sampaikan padanya

Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Coda:
Tahukah engkau wahai langit aku ingin bertemu

membelai wajahnya

Kan ku pasang hiasan di angkasa yang terindah

Hanya untuk dirinya

Lagu rindu ini ku ciptakan

Hanya untuk bidadari hatiku tercinta walau hanya nada sederhana ijinkanku ungkap

segenap rasa dan kerinduan

Thursday, January 14, 2010

klakar sarawak (cakap sarawak)

hari ni hari ke2 Qab ayar kmk klakar sarawak.
.walaupon mek sik brapa nak paham..
macam biasa,mek pagi-pagi lagi dapat kerja menimbun..
dari semalam kepaknya kmk hari tok.(penatnya saya hari ni)..
disitok,selalu mek dapat keja last minute...
Qab,ayar kmk ayat baru..
kacaknya pusak ktk..(maksudnya cantiknya kucing awak..
tapi seronok sik madah sarawak..
sebab office kmk banyaknya madah sarawak..
pagi tadi masa kmk naik train,kmk nampak pakwe kacak...lawa na..
ney nikgee ni?kepaknya kmk tunggu dia..hahah..
nanti ada ayat baru kmk kongsi pada semua...
bye2..heheh =p

xoxo
fara

Wednesday, January 13, 2010

erti mesra



Hujan pasti ada rintik,

dalam erti mesra,

mekar senyuman bak tawa si gadis

kata pada dunia

bisakah aku menyanyi tanpa suara?

bisikkan kata hati..

lama sudah kau menunggu?

pentingkah si dia?

hidupmu?cintamu?tawamu? atau pun bicaramu?

menangis lagi gadis jangan bersedih..

pasti tetap ada erti hikmah,

bisa susah diungkap mengunakan cara,

berdiri dihujung jalan..

kau kaut semua rasa yang ada..

gadis,lihat pada erti kata-kata..

kejarkan hidupmu yang baru..

susah bukan?

kau lihat si dia menyanyi mesra..

mendakap tubuh erti cinta..

berdustakan si cinta?

jangan lagi kau harapkannya..

mungkin tuhan ciptakan yang lain..

jangan kau tangisi si cinta yang pendusta..

gadis,berdirilah kembali,

umpama pokok oak yang tegap berdiri..

mungkin hidupmu tak setebal khalam yang kau harapkan...

buang jauh-jauh sejarah lama,

lukiskan hidupmu dengan syair terindah..

jangan putus asa,

hatimu untuk semua

rujuk pada kata

yang bisa buat mu teguh berdiri..


p/s;this poem i dedicate to my beloved sis,nina...

Monday, January 11, 2010

Kepada Gadis Manis by A Samad Said

Dalam kata manis dan mesra
ada terkandung maksud yang suci
penuh hasratku memetik bunga
untuk hiasan di taman hati.

Demikianlah selalu berkata teruna
dalam mencium hati nak dara.

Pada kata seindah ini
selalu tersemat muslihat api,
pada menerima kata begini
selalulah, dik, berhati-hati.

Semoga seuntai kataku ini
ada menyembah sekuntum bakti.

Remaja
1955


p/s;i love this poem..just wanna share with u guys

Sunday, January 10, 2010

pergi by aizat


Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata

terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Friday, January 8, 2010

bicara pada doa

kau membuka lembaran hidup,

seuntai kata kau bicara,

tangan yang kau angkat,dirapatkan keatasnya..

bicara pada doa..

langit masih lagi merundumkan gelap..

hembusan sang angin dimalam kelam.

kau ungkap rasa cinta pada teruna,

melalui doamu,tidak pada petah katamu.

malam ini kau menjenguh diatas sejadah,

kau bentangkan sujudmu,

kau tangisi hati nan luka lara,

teruna tetap senyap membisu,

cuba menutup mata,

memekak telinga,

melupakan ingatan si dara.

malam ini malam yang terakhir si gadis dara,

bernafas melalui udara,

teruna tetap bisu bongkak,

jangan kau bunuh doanya.

lihat pada dara merana,

hanya angin bisa menyampaikan bicara doa tuhan.

setelah dara pergi,

buat doa terakhir untuk terunanya.


xoxo
fara

Thursday, January 7, 2010

Iktibar Ramadhan by A.Samad Said




Kita koyak selembar taqwim—Ramadhan mensyahdu diri.

Foto-foto di dinding memang jatuh, di lantai lusuh.

Kini, dalam Ramadhan, kita ciumi sejarah

setelah tiba-tiba terdampar tua—

sedikit nikmat, sekelumit sengat, serangkai lara.

Kita koyak taqwim lagi, terkenang:

Album keluarga luntur dan keruh. Tentunya foto

di dinding semakin luruh.

Kita pernah anak, gemar mendengar detap ranting terpijak;

melonjak sebaik terasa titis hujan di dahi.

Dan kita pernah berebut selimut waktu rebut.

Mendengar siren, berkecah kita menyerbu shelter.

Kita tidak mengerti—tetap takut, tapi.

Sesekali kita hadapi ibu meramping diri dengan

jamu Jawa; merapi rambut dengan sikat Tionghua.

Dan pada malam Jumaat tak tersangka kita terserempak

ibu diciumi ayah. Kita tidak mengerti—tetap

takut, tapi, kerana ibu dan ayah berdekah lama.

Dan kita juga sempat mengusik datuk yang terkejut

tersepak songkok. Tak kita tahu apakah sekadar nahas

ia atau sebenarnya iktibar bangsa.

Pun, kita pernah Bantu menukar barut dan lampin adik;

mencorengkan bedak sejuk di muka mak su yang molek;

menghitamkan kening kakak, kemudian cepat

menyorokkan botol celak. Juga, kita sempat

mencuri sentil nenek—lembap dan lembik.

Tidak kita tahu apakah hal biasa ia

atau masih iktibar bangsa.

Kita pernah tergamam melihat Maria Montez berkucup;

pernah terketar menyaksi gelek Samia Gamal berkocak;

kita menyondol ketiak ibu kononnya terlalu gugup dan malu.

Di dapur, kita girang mendengar desih lempeng di kuali;

di tandas, pernah kita terhidu minyak sapi Punjabi.

Benar, kita tiba-tiba tersadai tua—

dari bermain keleret, terkinja di lantai joget;

dari memukul rebana, teringin coli Miss Tijah.

Dan, lebih uzur, ketika teserempak tepak sirih

dan gobek nenek—menangis diri dalam sunyi.

Mengerti, tetap takut, tapi.

Abad lalu rupanya yang tertinggal; masih boleh diingat

bosyi Jepun dan ceongsam koyak—cara Nippon membela

dan melanyak. Kini, mula dihayat kerjip computer, sempat

disaksi saham mencerut, juga didengar Adun mencarut.

Memang berubah musim menguji diri yang terlalu kalut.

Kita memang perlu belajar tidak menyesal, memahami tamsil

Habib Noh dan Tanjung Pagar; membanggai Langkawi

dan Menara Kembar; mendoa berbaiklah Mahathir dan Anwar.

Dan seperti manisnya jenaka datuk; sekali demam

sekali batuk. Sudah terjemput diri ke dunia baqa.

Tapi foto di dinding semakin jatuh. Tak juga kita

tahu apakah hal biasa ia atau memangnya iktibar bangsa.

Bangsar Utama-Durian Tunggal
21 Julai-15 Ogos 1999

berhentilah

walaupun kau jauh,
kau pergi lagi,
kau tinggalkan aku lagi,
aku sentiasa ingat kau..

yang tetap hadir memberi senyuman..
yang tetap ada untuk aku bernafas..
yang sentiasa aku lihat ketika teringat..

kau bersahaja,tanpa sepatah pun erti putus kata..
kau tinggalkan aku..
kau hilangkan dirimu lagi..

cukuplah..
berhentilah...
aku sudah penat,terlalu lelah..
untuk mencari kau..

kini,
kau muncul kembali..
setelah aku berhenti..
pergilah..
aku tidak perlukan kau lagi..
aku sedang tidur,ketika aku belajar untuk menyepi..


xoxo
fara

Wednesday, January 6, 2010

mimpi agung nabi yusuf

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (12:4-6)

semusim by marcell


semuanya tlah terjadi
cintaku telah pergi
dan kini kusendiri
tanpa dirimu lagi

tak mudah menepis
cerita indah

reff:

semusim tlah kulalui
tlah kulewati tanpa dirimu
tetapi bayang wajahmu
masih tersimpan di hati

tak pernah kubayangkan
kau putuskan cintaku
kucoba tuk lupakan
semua tentang dirimu

tak mudah bagiku
melupakanmu

Tuesday, January 5, 2010

yang aku namakan dia indah itu merah jambu

hari ni aku agaklah moody,secara tiba2 office aku busy..kebetulan aku pula pakai baju kurung pink...gara-gara aku nak kejar masa buat kerja,tibe baju kurung pink yg paling aku suka terkoyak..waaaaaaaaa...sedih aku...gara-gara aku berlari tadi,high heel ku tersadung pada kain baju kurung aku..mahu aku tak sedih plak,baju kurung ni banyak kenangan dalam hidup aku.kenangan manis aku jumpa si dia..huhu..baju kurung pink ni hazel yg hadiahkan.aku selalu memadankannya dengan handbeg liz clairbone bila menyarung baju pink ni..adess..hari ni aku agaklah marah...dengan tiba2 meja ku penuh dgn manusia yg suka menyebok...huhu..tapi baju ni lah paling banyak kenangan manis..sampai bila2 aku tetap akan ingat..

Monday, January 4, 2010

hairban itu putih


hohoho..morning sang matahari...

setelah aku bangun pagi,melihat kearah jam yang masih lagi menjerit-jerit di sisi katil..yeaaahh..mari bangun,ayuh kita pergi kerja..
aku menyarung baju kemeja putih hari ni..mula-mula memanglah tak suka baju ni,disebabkan badan aku naik..adess..badan aku sayang kau walaupon kau agak ?>.+&*%@&?! chubby..hahhaha..

ketika melihat diriki dicermin..eh sudah kau panjang rambut???cepat ya..
teringat waktu di unisel setahun yg lepas,gara2 amoi dekat kedai gunting tu salah potong rambut aku,aku telah decide utk membuat rambut pacak..kononnya,rambut ala-ala faizal tahir lah..time tuh,faizal tahir nampak sungguh hensem bila memakai rayban dengan fashion rambut barunya..hahaha

back to the story...
aku ambil hairban diatas almari mekap,memakainya..hahha,aku mengubah dan mentransformkan rambut ku seperti rambut audrey kathleen herpburn..suka sungguh aku pada si dia,cantik..oh rambut,cantikkah kau hari ni??
hahha,kalaulah cermin tu boleh berkata2 pasti dia akan bilang,weh makcik dah pukul berapa,kau tak reti-reti nak pergi kerja ker??hahhaah..

sesampai di office,setelah berpeluh2 berjalan dari ampang park ke menara atlan..

selalu rambut ni dah mcm perempuan sihir..hahahah..
hari ni lebih dari 15 orang kata,hey rambut kamu cantik dgn hairban tu..
pergi salon ke??tetiba aku teringat iklan shampoo di TV..guna jari pon boleh...
oh,fara silalah kau stop berkhayal lagi..heheh..maaf aku memang suka berangan2 dan berkhayal..

aku senyum dah says,thank u!!~taklah biasa2 jer..
mak kata kalau orang puji kita cantik,kita jangan sombong,karang tuhan pasti marah..
oklah..kerja di office sudah memanggil-manggil..
hahhahaha..

temanya;hairban hari ni buat aku lagi semangat nak keje..
thanks to chameleon sebab kau mengeluarkan hairban yang cantik2..
bak kata Loreal terasa diriki begitu berharga..hahha

Friday, January 1, 2010

2010..new beginning

hi guys..firstly i want wish to u guys happy new year..
with lots of love and hapiness..
2010,new beginning for me..i'm 22 this year..
hope more matured and always with my positive thinking..hohoho...

good bye 2009..i know in 2009,i got so many problems..
my friends,mukhsin & ajad leave me..i felt lonely without them...
but end of december,o9..god,give me another gift,
and i learn from the previous experience to appreciate all my friends..
thanx to tawfik hafiz ibrahim,lyana ramli & faiz ashraf..
coz be a part of my life..i'm happy because i have u guys...

hope this year,will be a good year for me..
perhaps,i get what i dream...
i try to be a better person..

to lord,
thanks for everything that u have give to me..

xoxo,
fara