BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

If I could pretend that I'm asleep,
When my tears start to fall
I peek out from behind these walls..
I think nobody knows..















Wednesday, July 7, 2010

bagaikan



semalam ketika aku sedang sibuk mencari barang di dalam almari,aku terjumpa gambar lama lalu ku pegang erat dan gelak sinis aku seketika pabila melihat gambar yang aku tatap begitu lama.



aku masih ingat dibenak fikiranku,gambar ini diambil ketika aku berada di tahun pertama di Unisel dan waktu itu aku sangat sibuk dengan teater.
walaupun orang melihat aku kasar dari jauh sudut tapi sebenarnya mereka alpa yang aku juga mempunyai keinginan sendiri dalam teater.

teater "bagaikan puteri" yang aku olah seperti dalam novel.diunsurkan sajak ketika zaman era majapahit.sukar pada waktu itu bagi aku,dalam erti kata aku terpaksa berlakon teater dan mengarahnya dalam masa yang sama.ketika itu aku sangat tegas,
marahnya aku pada fakrul kerana dia tidak menghayati wataknya sebagai watak utama.
betapa hebatnya fakrul melakonkannya disaat pementasan akhirnya
menhidupkan watak untuk jalan cerita bukan sesuatu yang mudah.

ingat aku pada kata-kata seorang guru,yang mengajar aku,teater bukan suatu drama yang kau pentaskan tapi ia adalah suatu hidup yang kau cuba nyawakannya.
lembarkan nyawanya seperti kau bernafas menghidupkannya.
waktu aku terlalu singkat rasanya..
empat bulan aku aktif untuk menyiapkan satu teater dan akhirnya aku persembahkan dengan rasa "hidupnya manusia dalam cerita"

No comments:

Post a Comment