Thursday, August 19, 2010
cukup sudah
hari ini aku kaku bila nampak kamu.
kenapa?kerana aku suka kamu.
hari ini aku resah tanpa arah.
kenapa?kerana kamu tidak dapat aku cari.
hari ini aku rasa kehilangan kamu.
kenapa?kerana kamu tiada didepan mataku untuk disentuh.
suatu hari, saat aku sedang berjalan disebelah kamu,
kamu tahu betapa aku suka mencuri pandang wajah kamu.
supaya suatu hari aku tidak lupa rupa yang aku sayang.
aku melihat kamu sebagai ciptaan terindah.
indahnya kamu bila senyum.
jangan senyum melirik hatiku,
aku takut aku jatuh cinta pada kamu.
saat aku berjalan dibelakang kamu,
aku cuba menghampiri kamu,
tapi aku takut kamu tidak menyukainya.
lantas..
aku kehadapanmu, memotong langkahmu.
tapi kamu menarik tangan ku lalu dipegang erat.
aku cuba lihat pada mata kamu. mencari jawapan yang aku tidak pasti.
tanganku masih erat digengam kamu.
tapi sayang, jawapan yang aku cari tidak aku ketemui.
aku pujuk hati diri, supaya jangan terlalu mengharapkan kamu.
tanya aku pada perasaan sendiri, adakah kamu merindui aku?
adakah kamu sayang aku?
tapi sayang,
kamu membalasnya dengan ego.
tahukah kamu bahawa aku sedang tunggu sesuatu dari kamu?
dan aku masih menunggu..
tapi kamu hanya senyap membisu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment