BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

If I could pretend that I'm asleep,
When my tears start to fall
I peek out from behind these walls..
I think nobody knows..















Sunday, August 1, 2010

manusia


semalam saat aku melihat kau senyum gembira, tahukah engkau bahawa dalam hati aku sebaliknya, aku cuma berasa seperti patung yang tidak bernyawa,boneka yang kau main bila ketika kau sedang bosan.

kelmarin saat aku melihat kau didalam keadaan pasrah, tahukah engkau bahawa aku berdiri dibelakang takbir berdiri erat memahami kamu. saat kau gembira aku dilupakan.

hari ini saat aku melihat kau sedang sibuk, tahukah engkau yang aku sedang memberi kamu ruang dan masa untuk bernafas di udara. saat kau lapang aku tidak engkau ingati.

tadi saat aku melihat kau sedih, tahukah engkau hati ku juga menangis kesedihan kamu.
saat kau ketawa kembali, aku tidak kau palingkan wajah.

lalu, aku membentuk suatu ilusi yang tepat pada ukuran wajah kamu.
yang aku bukanlah untuk dihargai tapi didatangi ketika kamu didalam kesedihan.
mungkin engkau juga lupa, yang aku mempunyai nafas, sedang berdengupnya jiwa untuk kamu, sedang kamu sibuk melayan dunia.
kamu lupa bahawa aku juga diciptakan sebagai M.A.N.U.S.I.A.
yang punya hati tapi tidak dilihat,
yang punya jiwa tapi tidak diendah.
waktu engkau sudah bahagia,
aku hanyalah boneka untuk kamu.

*sungguh aku tertawa dalam kesedihan*
kerana aku bodoh

3 comments:

  1. kau tidak bodoh kerana kau masih mampu meneliti perbuataan manusiaa dan kau boleh menangis dalam ketawa kerana telah kau sedari kewujudan insan bernama manusia mmg bergini tingkahnya...
    haah...haahaaha...

    ReplyDelete
  2. thanks korang for the comments :)

    ReplyDelete