sebagai makhluk tuhan kita seiring diuji dengan pelbagai dugaan..benar kata orang cinta juga diuji,dari setiap penilaian..dalam islam kita diajar untuk cinta pada keredhaanya,cintailah tuhan mu lebih dari umatnya...pasti cintamu akan terbalas sekiranya ikhlas mecintai tuhanmu..
aku tinggal dikawasan perumahan teres 2tingkat..setiap hari hidupku,aku akan melalui lorong menuju ke stesen LRT..Hari ni aku terlihat lagi..seorang lelaki yang memakai kain batik,membawa kereta sorong..dia menjerit memanggil ibunya,isterinya dan anaknya..tetapi teriaknya tidak dipeduli..bagi penduduk disini kami sudah biasa dengannya..melihat dia berlegar-legar dikawasan taman melati..hari ini lelaki tersebut kelihatan gembira,dia memegang anak patung ditangannya..jangan kau ambil anaknya,pasti dia akan menjerit..
ibu ku pernah menceritakan tentang lelaki tersebut kepadaku,dia gila kerana isterinya yang sedang sarat mengandung dan anaknya mati terbunuh akibat kemalangan jalan raya..dia sangat sayang akan isterinya,sehinggakan dia berhenti dari kerjanya..bagi aku dia seorang lelaki yang berjawatan tinggi..berkerja di maybank sebagai manager..tapi tuhan menguji tahap cintanya terhadap isterinya..yaa,pada hari tu,semuanya telah berubah..isteri dan anaknya mati meninggalkan dia..perit dijiwanya,cintanya setia pada sang isteri..
pernah suatu ketika,aku didalam kereta..waktu itu kereta diberhentikan,aku melihat dia membawa kereta sorong anaknya,masih lagi dia memakai kain batik..dia berhenti di tengah jalan..aku memberi dia laluan..tuhan besar sungguh ujian mu..adakah kerana dia mecintai umatmu lebih darimu..tuhan,menguji dia lagi..dia menjadi gila..
tapi aku tak pernah mengelarkannya gila..bagi aku itu semua ujian tuhan keatasnya..
lelaki tersebut sentiasa mengingatkan aku erti syukur..aku mula belajar untuk mencintai tuhan lebih dari segalanya..pada suatu ketika dulu,aku pernah memarahi sekumpulan budak motor sebab menghina lelaki tersebut..sungguh durjana,kerana tidak menghormati lelaki tersebut..hari ni aku melihat lelaki itu lagi,berjalan dibelakang rumahku.aku tersenyum..ingat jangan kau menghinanya ataupon mengejeknya..nescaya tuhan akan membalas kepadamu..
akhir cerita ini aku tidak pasti pada penghujungnya..tuhan,adakah kau masih lagi mengujinya..dia sedang melalui ujianmu..aku pasti satu hari nanti lelaki yg orang ramai mengelarkan dia gila,pasti akan sedar..aku marah pada manusia yang suka menghinanya..janganlah kau menghina ciptaan tuhan..dan aku,masih lagi melihat telatah lelaki tersebut..tuhan,berikanlah dia petunjuk ke jalan yang diredhaimu..amin ya rabbalalamin..
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment