BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

If I could pretend that I'm asleep,
When my tears start to fall
I peek out from behind these walls..
I think nobody knows..















Sunday, March 7, 2010

teh o ais vs teh tarik

teh o ais, seorang yang kurang bercakap,sangat pendiam,pemalu orangnya pada mulanya..suka memakai baju color hitam,pakai spec yg tajam,mata sepet,kulit putih..muka chinese look,tapi dia ni baik..

teh tarik pula,suka mountain climbing,banyak bercakap,suka minum teh tarik,perangai jenis slumber beruang jer..

teh o ais dan teh tarik 2 manusia yang berbeza,tapi berlainan jantina..
pada suatu hari teh tarik dan teh o ais menjadi sahabat,mereka berkawan...
teh o ais hanya mendengar sahaja teh tarik bercakap..entahhlah si teh tarik memang macam ni..suka cakap tak henti2..tapi teh o ais suka tenung kearah mata teh tarik,teh tarik mula sedar dah berpaling kearah lain..tapi teh o ais tetap juga memandang mata teh tarik sehinggakan teh tarik berkata jangan pandang matanya begitu..
kerana dari mata akan jatuh ke hati..

benar apa yang dikatakan dalam hadis dan quran..
bila lelaki bertentang mata dengan bukan muhrimnya akan turun ke hati..
teh tarik mula suka pada teh o ais,tapi selalu menafikannya..
sebab pada waktu itu teh tarik sudah ada si kopi..



pada suatu malam yang romantis,diatas gunung,teh o ais meluahkan rasa cintanya terhadap teh tarik,dan teh tarik agaklah terkejut...
tapi apa kan daya,teh tarik sudah dimiliki lelaki lain..
tapi kata kata teh o ais menyebabkan teh tarik berfikir..
dan sentiasa berfikir..teh o ais penah kata sampai bila bila dia akan tunggu teh tarik...
teh o ais tak pernah merungut,tetapi sabar menunggu..
sehingga sampai masa teh o ais pergi sambung pengajiannya..

teh tarik pula,masih disini,melepak sorang sorang..
kopi pula menjadi sahabat teh tarik sekarang..
dan teh tarik memilih untuk bersendirian..
setiap hari dalam hidup teh tarik menepati janjinya..
teh tarik akan call teh o ais setiap hari,menunggu teh o ais pulang..

benar kata orang,kadangkala kita tidak tahu apa yang tuhan cuba ceritakan tentang hidup kita..walaupon teh tarik ada kopi,tapi tuhan temukan dia juga dgn teh o ais..
2 manusia berbeza tapi berjumpa secara tak sengaja..
kini teh tarik hanya bisa berdiri tegar menunggu kata dari tuhan,
apakah yang terbaik untuk dirinya..

teh o ais dan teh tarik satu kisah yang pelik, tapi keikhlasan teh o ais yang menyedarkan betapa indahnya dunia ni jika kita sentiasa menghargai setiap kenangan yang ada..mungkin hari ni kita jatuh,hari esok kita mungkin akan mula berlari...
teh tarik sedang berlari mencari tentang "hidup".

No comments:

Post a Comment